Friday, April 21, 2017

dua minggu

salam
hai

hari ini masuk minggu kedua bergelar isteri. gitew... aku malas nak buat entry poyo2. but deep inside my heart mcm nak juga rasa share the moment yang lama aku tunggu. yang masa dulu berangan gila2 nak ada b2b (bride to be) blog. dan bila tiba masa dia.. aku tak mampu pun nak blog kan semua benda.

semua perkara macam laju gila. bulan 5 kenal. bulan 7 dating. and beberapa series dating. bulan 11 meminang dan bertunang. dan bulan 4 terus kawin. laju kan? and betul lah kawan2 yang masih belum kawin. kita macam panic kan bila usia dan meningkat tapi tak kahwin. but.. seriously.. lepas penantian yang macam2 bila dia dah sampai macam semua akan laju dan lancar. the right time kata orang.

as usual. macam yang semua orang tahu. aku bukan wanita lemah gemalai yang liuk lentok menggoda dan sebagainya. bukan. so dengan keadaan brutel aku ni. aku cuba so hard ok untuk jadi semaksimum releven semungkin yang ada untuk suami. wahahaha. hakak cuba dik.

dalam dua minggu ini. aku kira kan. aku betul2 dipertemukan dengan mr right aku. dia bukan lah perfect. tetapi cukup memperfectkan aku yang amat tidak perfect ini. sebenarnya.. aku tak tahu bagaimana jauh bersyukur dalam hati aku. selepas beberapa series kecewa dalam percintaan. bayangkan kalau aku tak kecewa and tak move on. mesti aku tak jumpa dengan husband aku tu kan?? so betul lah.. Allah memang bagi kita dengan orang yang terbaik untuk kita dan pada masa yang tepat.

berapa kali dah aku dok cakap benda yang sama. kesimpulannya.. aku masih culture shocked kecelaruan identiti dengan perubahan yang berlaku dalam hidup aku dua minggu ni. tapi setiap hari dalam dua minggu aku pelahan2 adapt.. belajar untuk terima ada orang lain yang share hidup aku selain diri aku. strugle juga la weh..

so.. semuga perkahwinan yang terbina ini merupakan perkahwinan yang dirahmati. dan hubungan kami ini diberkati sehingga ke akhirnya. amin

COVID lagi....