Salam
Hai
Mata aku segar bugar. Baru balik dari melepak dengan kawan2 opis. Seriously dah lama jugak tak bersosial di waktu malam. We have dinner together at flaming steamboat. Secara jujurnya aku bukanlah seorang yang suka set2 steamboat bagai ni. Tapi sebab nak mingle dengan dorang aku pergi juga.
Organisasi yang aku bekerja sekarang bukanlah sebuah organisasi perfect yang boleh aku sebut sebagai tempat aku untuk berpencen dan sebagainya. Keadaannya sederhana sahaja. Aku masih lagi mencari2 sebab untuk aku stay atau keluar dari organisasi yang sekarang. Keliru.
Most of my friends there, berlumba2. Mencari the better place for them. Dalam mencari gaji lebih. Kata mereka, mereka mampu dapat lebih, dan tak kisah kalau harus ke kelantan sabah segala. Aku duduk terdiam. Aku, masih belum ada motivasi dan daya menolak aku untuk keluar dari organisasi sekarang. Kadang kala, aku sendiri keliru, aku terlalu di comfort zone? Atau aku malas? Atau aku pengecut? Tidak mampu? Atau apa?
Bagi aku, selain duit, sebab kenapa aku mahu bekerja adalah kepuasan dan ketenangan kerja. Pengalaman kerja dalam keadaan nangis sebelum ini cukup mengajar aku supaya bersyukur. Mungkin aku percaya, gerak hati ini datang dari yang maha kuasa. Mungkin suatu hari nanti kalau ianya menggerak aku untuk keluar dari sini, ia merupakan takdir.
Sambil2 duduk di tempat bersebelahan Didie, aku senyum2. Didie merupakan lecturer master yang baru sahaja aku aku dekati. Sempoi.
"Didie, u tak apply?" Sambil aku senyum, mengerangkan wajah. Sementelahan ramai yang apply di salah sebuah universiti lain. "For me, i bukan mencari duit, i love this job, and duit will come later, hanya perlu bersabar, then pasti ada sesuatu yang baik dan mungkin lebih baik..." aku pandang didie. Hati aku terusik. Sama macam apa yang aku fikirkan.
Mungkin aku terlalu menyimpan harap. Dan mungkin juga aku terlalu bersangka baik dengan organisasi ini. Whatever it is. Aku masih percaya, gerak hati ini datangnya dari Allah. Dan kalaupun bukan seperti yang aku duga, semua darinya. Dan aku masih di sini. Percaya, menanti sebuah keajaiban....