Salam
Hi
Bukit Tinggi. Perjalanan aku ke sana mengambil masa dalam 1 jam dari Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua aku pergi ke sana selepas 2013 kalau tak silap aku. Masa aku pergi sana aku memang dah notice yang takda la menarik sangat pun Bukit Tinggi tu. Tapi dek kerana nak meluangkan masa untuk jalan2 ambil angin aku pergi saja la.
Kalau korang nak pergi ke sana korang haruslah melalui lebuhraya yang bermula di tol gombak ke arah pantai timur. Lepas bayar tol gombak RM6 korang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke susur keluar Berjaya Bukit Tinggi. Kemudian korang akan melalui jalan biasa untuk terus ke puncak Colmar Tropika tu. Korang tau tak apa Colmar tu. Satu bangunan yang cantik ala2 design english. So kalau korang sampai sana boleh la nak bergambar sepuasnya sampai feeling2 oversea gituw. Okeh.
Perjalanan dari susur keluar mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sebelum sampai di bahagian bangunan Colmar tadi. Korang akan berjumpa dulu dengan dua pondok bayaran. Caj yang dikenakan untuk orang dewasa per person adalah RM16 ringgit. Manakala kanak2 RM10 kalau tak silap. Aku terkejut jugak dengan caj yang dikenakan tu. Memandangkan last aku datang ke situ dalam 2014 kami hanya dikenakan RM15 per kereta. Jadinya sebab dah sampai aku layankan aje la. . Lepas bayar tu. Aku pun terus lah ke Colmar. Bergambr syok sendiri di situ. Malas nak menunggu van yang akan bawa kami ke puncak untuk ke japanese village aku bawa sendiri kereta ke sana.
Namun demikian, harus diingatkan kalau korang ke sana pastikan korang kuat mental dan fizikal sebab kita kena lalui satu tangga yang tinggi. Selepas mendaki tangga berkenaan korang kena jalan melalui jalan yang agak mendaki juga. So kalau korang bawa warga tua yang sakit lutut ke apa memang agak sukar. Aku pun agak pancit weh. Sebab bawak anak aku. huh. Hampir pengsan. Drama.
Sampai saja di atas sana. Pemandangan dan landskap berlatar belakangkan rumah jepun atau pun japanese house bukit tinggi memang indah. Tenang saja bila sampai. Mendengarkan kicauan burung unggas dirimba. Aku dapat bayangkan betapa lah tenang nya. Siap ada bunyi deruan angin dan aliran air sungai. Lahhhaii... hilang dari hiruk pikuk kota. Dalam japanese house tu juga korang boleh cuba memakai kimono. Tetapi dikenakan bayaran RM20. Pakailah dan bergambar lah sampai lebam pun. Serious nice.
So lepas puas bergambar dan menghirup udara segar kat atas sana. Aku pun turun dengan gembira nya. Cukup lah hari aku mengisi masa lapang aku di Bukit Tinggi Pahang.
No comments:
Post a Comment