click here!

Thursday, June 10, 2021

HABIS SPM NAK BUAT APA? SAMBUNG BELAJAR..

 ASSALAMUALAIKUM


Tahniah dan syabas buat lepasan spm2020. Dengar2 majoriti of you success with flying colors. Good job guys. Okeh. buat yang keputusan Spm yang biasa-biasa saja jangan risau. Ini bukan pengakhiran kepada kehidupan. Actually hidup anda semua baru bermula. So, now pemilihan tempat untuk sambung belajar adalah yang paling penting.

Setiap semester aku menerima macam-macam soalan berkenaan dengan sambung belajar. Aku personally memang galakan uol untuk sambung belajar di institusi pengajian awam. Namun, dengan keadaan keputusan most of you yang sangat2 bagus tu i bet u memang dasyat lah uol nak compete dengan orang lain kan. Actually masuk ke institusi pengajian swasta bukanlah sesuatu perkara yang sangat buruk, cikai and takda value. Ade pros and cons. Keyword dia kena betul-betul pilih tempat yang betul-betul bagus dan ssuaai.

Bagi aku yang juga pernah melalui zaman-zaman mencari tempat sambung belajar. Aku memang memilih Kolej Polytech Mara sebagai option. Kolej Polytech Mara adalah salah satu kolej terbaik dibawah mara yang memang menyediakan kursus diploma mahupun ijazah dengan baik. Mereka bukan institusi cap ayam yang main belasah sajaja. Kami tapis dan mengikut step sama seperti taraf universiti lain seperti Uitm dan lain-lain universiti. Silibus dan kandungan kos juga adalah semua diiktiraf dan dipantau oleh pihak MQA, So, kepada adik-adik yang nak sambung belajar jom lah join kptm..... takkan menyesal langsung kerana tenaga pengajar semua baik dan bertoleransi.

Apa special KPTM? of course pembiayaan pinjaman MARA merupakan perkara yang dinantikan oleh semua lepasan spm. kepada yang tidak layak ptptn masih boleh digunakan. Boleh baca lanjut di bawah


๐ŸŒŸ TAWARAN SAMBUNG BELAJAR DI KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI๐ŸŒŸ

Tahniah & Syabas kepada pelajar SPM 2020 yang telah berjaya mengharungi cabaran & dugaan sesi pembelajaran semasa pandemik COVID-19. Jom sertai KPTM Bangi, jangan biarkan ujian ini mematikan langkah anda.



SYARAT KELAYAKAN UTK LEPASAN SPM

๐Ÿ“œ Program Diploma

Lulus SPM dengan minimum 3 Kepujian

๐Ÿ“œ Program Asasi

Lulus SPM dengan minimum 5 Kepujian  


APA ISTIMEWANYA BELAJAR DI KPTM BANGI?

1️⃣Pinjaman Pendidikan MARA disediakan

๐ŸŽ—Kelebihan Pinjaman Pendidikan MARA

-Elaun Sara Hidup RM630 setiap bulan sehingga tamat belajar*

-tiada interest pinjaman

2️⃣Pinjaman Pendahuluan MARA maksimum RM2,000* - bantuan persediaan untuk pelajar baharu

3️⃣Tempoh pengajian yang singkat.

2 tahun 4 bulan (program Diploma) / 1 tahun (program Foundation)


*tertakluk terma & syarat


Klik link untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan Julai 2021

www.wasap.my/60176281524/julai2021


#spm2020

#kptmbangi

#jommasukkptmbangi

#gelombangkptm


boleh direct whatsapp saya Mdm hidayah 0176281524




Wednesday, June 2, 2021

Nikmat yang hilang

 Assalamualaikum,

Aku baru habis class hari ni. Dah nak masuk dua tahun bagi aku menjalani pengajaran secara online. Dah menjadi biasa rasanya. Tapi..... rindunya lahhai nak class secara bersemuka macam dulu. Mengajar di dalam class buat aktiviti dan bergelak ketawa dengan students. I miss u all of my ex students!! Kali terakhir ada class secara bersemuka adalah di november 2019 yang lalu. Habis saja semester tu terus naik PKP 1.0. And now kita dah di PKP3.0. So sad. 

Aku selalu duduk berfikir bagaimana dengan masa hadapan. Adakah kita akan terus dengan online untuk semua perkara? Tiada lagi bersemuka dengan orang-orang tersayang. Bersemuka dan merasai kehidupan normal macam dulu. Terlalu jauh rasanya nak dapat semula kehidupan yang terdahulu. Selalu juga aku fikir tentang nasib-nasib students aku yang bakal habis pelajar dengan class online. Mana hala tuju mereka. Aku doa kan mereka murah rezeki dan cepat dapat kerja selepas habis belajar nanti. Memang agak mencabar zaman sekarang.

Pernah aku berbual dengan makcik aku. Tentang covid dan lain-lain. Dia bercakap tentang nikmat. Banyak nikmat yang telah ditarik oleh Allah. Sekecil-kecil nikmat senyuman. Senyuman itu sedekah. Namun, sekecil nikmat sedekah dengan senyuman pun kita tak boleh buat. Sebab? Kita semua pakai face mask. Kalau senyum pun orang tak nampak. Makcik aku cakap. Waktu ini bukanlah waktu yang paling sukar. Tetapi ini adalah titik permulaan untuk hidup yang lebih sukar. Aku termenung. Terbayang wajah anak-anak aku yang masih terlalu mentah. Panjang lagi perjalanan mereka. Kalau sekarang pun dah sesukar ini. Bagaimana zaman akan datang. 20 tahun lagi. Masih adakah 20 tahun untuk kita semua dan aku?

Aku tepuk bahu. Bangun. Teruskan perjalanan. Didik students aku jadi orang yang boleh memberi manfaat. Didik anak-anak aku untuk jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Teruskan perjalanan menuju Nya. 

......

Thursday, May 7, 2020

Kenangan

Salam
Hai

Jam 2 petang.  14 ramadhan.

Sekejap je dah masuk pertengahan ramadhan kan.  Dan untung kita ramadhan kali ini pkp dan kita masih cuti.  Lepas tu ada banyak sangat masa untuk solat sunat dan baca quran.  Tolonglah semua ambil peluang ini (cakap pada diri sendiri juga). 

Di waktu pkp ni,  aku tak pasti.  Ada sesuatu bergelumang dalam hati aku.  Kadang2 sambil duduk2 datang satu aura.  Yang mana kenangan2 lama datang kembali.  Dan bila dia datang perasaan waktu itu berat sangatttt macam rasa dia sebijik masa waktu yang aku kenang tu.  Contoh lah,  teringat waktu berbuka puasa ramai2 di sekolah asrama di raub.  Terbayang satu2 kawan dan perasaan menunggu bacaan doa berbuka.  Dengan lampu dan bau. 

Selain itu,  suasana jalan tar.  Hari sabtu,  jalan2 sampai penat sambil cari baju raya.  Ditemani lagu raya.  Hoi.  Aku tak boleh ingat.  Ini sebahagian kenangan.  Ada yang tiba2 datang kenangan tu mengalir air mata.  Korang ada tak rasa macam aku???

Parah kan.  Yang lawak bukan waktu duduk2 saja.  Hari tu keluar beli barang dapur di bigaeon.  Boleh aku terkenang.  Perasaan tu meronta2.  Hmmmm...

Normal ke macam ini?? 😊

Semoga kita masih ada banyak masa. 😂

Tuesday, May 5, 2020

Covid19 dan PKP


Salam

Hi, mungkin dah terlambat untuk aku baru nak menulis tentang PKP dan Covid19. Hm, It's ok lah kot. Nukilan aku untuk kenangan aku bila aku baca semula di masa hadapan. okeh mana nak mula??

18 Mac 2020, tarikh keramatlah bagi aku. Semua rakyat Malaysia macam culture shocked masa ni. Buat julung kalinya kita semua kena duduk rumah, tak boleh keluar. Hanya ketua keluarga saja yang dibenarkan keluar. Itu pun untuk beberapa urusan tertentu. Setiap hari pun semua orang setia menonton berita, mengira-ngira statistik naik turun jumlah mangsa covid, kematian dan kawasan-kawasan yang diperketatkan. Hm, pada awalnya aku agak perkara ini memang mencabar bagi semua orang. Rata-rata dari kita semua merasakan ini adalah perkara sukar, especially bagi mereka yang mempunya cabaran dirumah seperti masalah keluarga, kewangan dan beberapa masalah lain.

Now PKP dan berada di tahap matang, kita semua dah sedia maklum dengan bahaya dan cara mencegahnya, kerajaan pun dah sikit-sikit bagi kita untuk pergi kerja. Sedikit-sedikit buka kedai, perniagaan office dan premis. Aku harap kita tahu lah tanggungjawab masing-masing.

Kita dah makin mula adapt, dengan WFH, dah mula adapt dengan aktiviti apa nak buat dirumah. Banyak sebenarnya. Makin tahu menghargai masa bersama family dan anak yang mana kita tak dapat semasa sebelum PKP. Aku sendiri dalam masa dua bulan ini dapat lihat sendiri gerak membesarnya anak aku, bagaimana dia belajar dan perkembangan pelajaran dia (dah pandai cakap dan buat akal). hm, kalau dulu malam saja aku dapat tengok dia sebelum dia tidur. PKP ini juga aku luang masa untuk masak, mengemas dan melaksanakan kerja-kerja surirumah dengan suami aku. Ya itu dari sudut hikmah.

Bagi aku ini teguran keras Allah untuk kita. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan. Terlalu banyak saat yang kita buang especially masa untuk mengenang dan memahami kuasa Allah. PKP juga buat aku memang berfikir dalam-dalam tentang betapa pelbagainya cara Allah tunjukkan kuasa dia buat kita. Aku mula makin sedar dengan segala masa yang aku bazirkan. Aku juga mula dekatkan diri aku dengan Allah, alquran dan mudah-mudahan taqwa aku bertambah. Hikmah besar sangat buat kita. aku mula fikir apa saja yang aku cari diluar sedangkan semua ada di dalam. Tiada apa yang perlu aku cari selain daripada Allah.

Korang ada rasa begini tak? hm aku tak pasti apa rasa aku. Tapi terlalu banyak hikmah yang aku dapat lihat daripada dugaan ini.

Ok lah. Aku tak pasti macam mana aku nak tamatkan post ini. So aku end kan macam ini saja lah ya. Okebai!

click2

wink..wink2...

nice..