Tuesday, March 12, 2019

KENAPA MEMILIH KOLEJ POLYTECH MARA?

SALAM 
Hai

Result SPM akan diumumkan Khamis ni kan? 14 Mac 2019. Jika mendapat result, tidak tahu hendak menyambung pelajaran di mana, KPTM adalah satu pilihan terbaik yang anda ada. Mana nak mohon jika result SPM kurang memuaskan? Untuk pengetahuan semua KPTM memang menerima pelajar lepasan SPM yang hanya mempunya 3 tiga kredit dalam mana-mana subjek. Di KPTM juga menawarkan pelbagai bidang atau cabang pembelajaran. Bermaksud jika anda tidak mendapat result atau keputusan SPM yang baik tak bermaksud dunia anda telah berakhir. Anda masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di satu institute anak MARA.  Kenapa memilih KPTM?

Mengapa harus memilih KPTM? Keistimewaan KPTM ialah kemudahan pinjaman MARA yang tiada faedah bayaran (no interest) bagi yang layak dan pinjaman PTPTN juga disediakan. Yuran pendaftaran hanya RM250 dan pelbagai insentif disediakan bagi pelajar yang mendaftar di KPTM.

Insentif yang pertama ialah Manfaat Ahli Keluarga iaitu pemberian 10% diskaun yuran pengajian semester pertama bagi ahli keluarga kedua dan ketiga yang mendaftar. Seterusnya, Insentif Pelajar Cemerlang yang memberikan potongan 30% daripada yuran pengajian untuk semester berikutnya.

KPTM juga menawarkan insentif Dermasiswa KPTM untuk pelajar huffaz iaitu percuma yuran pengajian dan yuran asrama untuk dua semester pertama. KPTM Bangi mempunyai pelbagai kemudahan yang sangat selesa seperti hostel, bilik kuliah, padang bola jaring, padang futsal, kafetaria dan perpustakaan. Ambilan yang paling terdekat ialah ambilan April 2019. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin memohon program yang ditawarkan di KPTM Bangi boleh singgah ke booth KPTM Bangi. Kami siap sedia untuk melayan anda semua.

Berminat? Sila hubungi saya hidayah 


Seperti di gambar di bawah.



Senaraikan kos yang ditawarkan di KPTM seluruh Malaysia:
  • Diploma in Business Management - KPTM Bangi

Boleh terus contact saya for more details.:)

BUKIT TINGGI PAHANG

Salam
Hi


Bukit Tinggi.  Perjalanan aku ke sana mengambil masa dalam 1 jam dari Kuala Lumpur.  Ini merupakan kali kedua aku pergi ke sana selepas 2013 kalau tak silap aku.  Masa aku pergi sana aku memang dah notice yang takda la menarik sangat pun Bukit Tinggi tu.  Tapi dek kerana nak meluangkan masa untuk jalan2 ambil angin aku pergi saja la. 



Kalau korang nak pergi ke sana korang haruslah melalui lebuhraya yang bermula di tol gombak ke arah pantai timur.  Lepas bayar tol gombak RM6 korang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke susur keluar Berjaya Bukit Tinggi.  Kemudian korang akan melalui jalan biasa untuk terus ke puncak Colmar Tropika tu.  Korang tau tak apa Colmar tu.  Satu bangunan yang cantik ala2 design english.  So kalau korang sampai sana boleh la nak bergambar sepuasnya sampai feeling2 oversea gituw.  Okeh. 



Perjalanan dari susur keluar mengambil masa lebih kurang 20 minit.  Sebelum sampai di bahagian bangunan Colmar tadi.  Korang akan berjumpa dulu dengan dua pondok bayaran.  Caj yang dikenakan untuk orang dewasa per person adalah RM16 ringgit.  Manakala kanak2 RM10 kalau tak silap.  Aku terkejut jugak dengan caj yang dikenakan tu.  Memandangkan last aku datang ke situ dalam 2014 kami hanya dikenakan RM15 per kereta.  Jadinya sebab dah sampai aku layankan aje la. . Lepas bayar tu.  Aku pun terus lah ke Colmar. Bergambr syok sendiri di situ. Malas nak menunggu van yang akan bawa kami ke puncak untuk ke japanese village aku bawa sendiri kereta ke sana. 







Namun demikian, harus diingatkan kalau korang ke sana pastikan korang kuat mental dan fizikal sebab kita kena lalui satu tangga yang tinggi. Selepas mendaki tangga berkenaan korang kena jalan melalui jalan yang agak mendaki juga. So kalau korang bawa warga tua yang sakit lutut ke apa memang agak sukar. Aku pun agak pancit weh. Sebab bawak anak aku. huh. Hampir pengsan. Drama.

Sampai saja di atas sana. Pemandangan dan landskap berlatar belakangkan rumah jepun atau pun japanese house bukit tinggi memang indah. Tenang saja bila sampai. Mendengarkan kicauan burung unggas dirimba. Aku dapat bayangkan betapa lah tenang nya. Siap ada bunyi deruan angin dan aliran air sungai. Lahhhaii... hilang dari hiruk pikuk kota. Dalam japanese house tu juga korang boleh cuba memakai kimono. Tetapi dikenakan bayaran RM20. Pakailah dan bergambar lah sampai lebam pun. Serious nice. 

So lepas puas bergambar dan menghirup udara segar kat atas sana. Aku pun turun dengan gembira nya. Cukup lah hari aku mengisi masa lapang aku di Bukit Tinggi Pahang.



Tuesday, March 5, 2019

KPTM

Salam
hi

Setelah sekian lama aku tak menulis di blog ini. So hari ni memandangkan minggu ini adalah minggu study week untuk students aku. Jadi setelah selesai kerja-kerja. Aku ada masa luang. Hmm.. diam tak diam dah hampir 6 tahun aku jadi tenaga pengajar di KPTM. Banyak pahit manis kenangan aku dengan kptm ni. So sekarang bergelar tenaga pengajar di KPTM ni. Aku harus memikul amanah mendidik anak bangsa dengan baik. Memang banyak cabaran dan dugaannya. Tak sangka weh... bayang kan lah. since julai 2013 till now. lama kan..? diam tak diam.

Ingat lagi zaman habis spm dulu. masa tu aku kecelaruan identiti lah nak masuk mana kan. So punya la cari tempat belajar sambil2 tu nervous jugak tak dapat UPU. So sebagai backup aku apply jugak KPTM KL masa tu. Kos accounting di KPTM KL. Wah.. sebab kenapa aku pilih untuk KPTM KL adalah masa tu aku baca KPTM atau Kolej Polytech Mara ni merupakan satu kolej yang terbaik juga jika nak dibandingkan dengan kolej-kolej swasta yang lain. Dari segi yuran dan kepakaran pun aku memang memilih Kolej Polytech Mara. Bkn aku nak angkat KPTM ni ok. bukan... ini yang aku cerita ni adalah pandangan aku terhadap kptm pada zaman aku habis SPM. Dan ya... aku apply untuk masuk kptm masa tu. masa dapat tawaran memang aku happy sangat since dia dekat dengan rumah, keadaan pembelajaran yang bagi aku setaraf dengan UITM. tetapi sangat memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang sememangnya kurang bernasib baik dalam SPM. Tapi masa result UPU keluar aku dapat masuk Matrik. Jadi nya takda lah jodoh aku dengan KPTM kl yang sekarang ni dah jadi KUPTMKL. 

Tapi sebab jodoh tu masih ada. Sekarang aku jadi tenaga pengajar di KPTM. Alhamdulillah!

Kenapa masuk KPTM tu lebih bagus berbanding dengan Kolej lain.? bagi aku untuk pemilihan Kolej selepas belajar memang aku nak cari kolej yang diiktiraf lah kan. So memang kptm ni semua kos yang ada memang diiktiraf oleh kementerian. Banyak kot tatacara MQA la apa semua yang kami memang kena follow. Second penting adalah pembiayaan. Untuk pelajar KPTM mereka ada chance untuk membuat permohonan pinjaman MARA. So jangan tak tau.. MARA sangat banyak benefit nya jika nak dibandingkan dengan PTPTN. Siap dapat elaun sara diri lagi okeh. Yuran KPTM pun bagi aku sangat affordable jika nak dibandingkan dengan kolej-kolej luar yang lain. Pensyarah juga, sangat baik2. Sangat friendly dan sangat membantu. 

Hm... tak tahu kenapa aku nak cerita pasal KPTM hari ni. Tapi sirius. kalau orang tanya aku selain dari universiti awam. Aku sangat suggest mereka-mereka yang ingin menyambung pelajaran di peringkat diploma untuk terus sambung di KPTM kerana KPTM merupakan satu kolej yang terbaik buat student melayu, cina atau pun india. Okeh. Kalau nak tau dengan lebih lanjut. Boleh terus comment bawah ni. aku sedia membantu korang. 

Sebab aku kesian tenguk pelajar SPM yang kadang kala tak tahu mana nak bawa hidup mereka selepas SPM. So apa korang nak buat... jom lah masuk KPTM. 

Okeh dah bai.

COVID lagi....