salam
hai
hidup aku tengah merudum sekarang. perasaan teruk. macam di dalam gua. rasa semua menghimpit2. rasa semua datang memerangi. sampai satu tahap kadang memang tak tertanggung. aku pandang langit.
siang tadi dalam kereta, mak bercakap dengan aku. topic dia ikot tema, politik dan pilihan raya. senak otak aku dengar. kisah parti yang teraniaya oleh parti yang satu lagi. tiada telusnya dalam pencalona n. menganiaya orang lain. emosi betul aku saat tu. rasa nak menangis. last2 aku kata pada mak. biarlah diorang. ayat mudah supaya aku kuat.
sebenarnya aku teringat. kisah yang buat aku tersungkur sekarang. sama seperti kisah parti tadi. politik. politik jijik. semua kerana hasad aniaya orang pada aku. aku? masih belum move on dan belum redha. belum ok lagi. masih down dan mencari kekuatan untuk bangun. yang entah bila. aku rindu semangat aku yang dulu.
kuat dan tak mengalah. makin tua makin cepat mengalah pula aku. aku pandang langit. belum nampak bintang. belum ada awan. belum ada pelangi. aku harap pelangi akan datang dekat dua tiga hari lagi. aku masih menanti. menanti pelangi menyapa aku.....
bai.
No comments:
Post a Comment