salam
hai
Usia meningkat dewasa. bukan dewasa lagi dah. dah nak masuk fasa tua. but it's ok kerana selagi tak kahwin tu kita anggap masih muda remaja gitu. selalu juga aku duduk sorang2. lepas itu aku fikirkan apa yang aku dah capai dan apa yang aku masih belum capai. dan semestinya, list untuk apa yang dah dicapai tu confirm sangat sikit dan begitulah sebaliknya. tapi, di satu sudut yang lainnya tak mahu la aku jadi orang yang tak bersyukur langsung dengan hidup aku. actually, bagaimana yang Allah tentukan ini lah yang paling baik. aku percaya begitu.
satu yang aku sangat nampak tentang berkembangan diri, selain daripada berat badan yang berkembang pesat ini, ahaks. adalah bagaimana aku mampu kawal diri aku dan menyeimbangkan perasaan yang ya acapkali juga tidak seimbang. setiap hari aku belajar untuk jadi manusia. ha.. tak cukup manusia ke aku kan? haha. ianya begini.. semasa aku kecil aku adalah kanak2 biasa yang sebiasanya tidak pandai membezakan yang mana benar yang mana salah. dan ditambah lagi dengan perangai anak bongsu yang beradikberadik hanya dua aku kira aku cukup manja dan pada waktu aku meningkat dewasa aku sangat disuap dengan semua perkara. pendek kata loser hidup aku menjadi2 masa tu sebab aku satu hapah pun tak tahu buat apa.
dan apabila masa berganti masa. pelbagai peristiwa datang dan pergi, aku belajar bangun. belajar untuk buat semuanya sendiri dengan maksud aku terdesak untuk melakukannya. maksud aku disini, tuntutan hidup mengajar aku untuk keluar dari perangai anak manja dan sedikit2 aku belajar untuk jadi manusia yang normal. kalau nak aku senaraikan apa susah juga lah. jadi apa yang aku nampak dari sekitarnya, apa yang aku makin win ialah kemahiran bergaul aku nampaknya lebih baik. bagaimana aku berjalan sendiri menguruskan hal2 di bank, pejabat dan lain2. meet and greet kwn2 mak aku. makcik2 kepochi. kawan2 baru. orang2 baru. dan ramai lah lagi. and yes.. aku put on full effort kot untuk semua perkara remeh yang aku ceritakan tadi sebab memang aku loser begini sebelum ini. bagaimana aku yang anti social ini boleh mulakan semuanya dan menjadi lebih stabil dari dulu adalah berpunca dari desakan kehidupan, bercampur gaul dengan ramai orang dan belajar terima culture orang yang berbeza2.
so, apa yang aku lihat kesalahan daripada beberapa ibu bapa sekarang adalah, mereka terlalu risau anak2 mereka bercampur dengan dunia luar. melakukan semua perkara sendiri. sehinggakan apa yang berlaku di usia 20an anak2 mereka masih berada di atas kepala mereka, tidak tahu membezakan tentang kehidupan, tidak mempu membandingkan rasa belas dengan ehsan, kepada orang lebih tua, saudara mana, tatasusila hidup dan terpaksa diuruskan seperti anak kecil darjah satu. aku lihat hal ini bukan satu, tetapi banyak. dikalangan anak2 buah, pelajar2 aku dan satu dua kes yang aku lihat ia berlarutan sehingga anak kecil tadi mencecah usia 40an. ini kisah benar. di usia mencapai 70an ibubapa masih lagi pening dengan sikap anak yang terlalu dimanja sehingga apabila usia mereka 40an masih lagi memberi masalah kepada ibu bapa. hal sekecil nak beli mee goreng pun failed weh....
nasihat aku, sebagai ibu bapa, kita seharusnya membekalkan beberapa kemahiran hidup ini kepada anak2. biar mereka explore hidup mereka, bukan bermaksud kawal dan lakukan semuanya untuk mereka. tetapi kita hanya perlu PANTAU. dan biarkan mereka buat semua sendiri. lebih kurang begitu.
aku nampak kesalahan ini kerana aku sudah laluinya. dimana arwah ayah aku sangat manja kan aku dan buat semua untuk aku. hantar ke sana sini. tanpa aku tahu untuk buat. tetapi hikmah disebaliknya ialah, selepas dia pergi aku strugle untuk cari diri aku. masa tu aku 19 tahun. strugle okeh aku untuk belajar buat semua. so untuk elakkan perkara2 begini berlaku aku nasihatkan kepada ibu bapa yang over protetective tu untuk lepas kan anak2 belajar tentang hidup mereka sendiri dan berdikari.
ps: tak tahu mengapa aku buat entry ni.
No comments:
Post a Comment