Saturday, April 28, 2012

bodoh

assalamualaikum
hai

aku manusia atas pagar. yang kononnya neutral. atau tak tahu membeza. namun sebagai pecinta keamanan, hati aku panas. dengan aksi-aksi bodoh dan juga tindakan sampah si penuntut berbaju kuning. eh itu ke jalan yang terbaik? buang karan!(-__-)'



chiow

Saturday, April 21, 2012

terasa macam konvo

assalamualaikum
hai

khamis hari tu kira macam one of hari yang gembira buat aku. gembira sampai rasa dah tak payah belajar. ;) okeh itu kira melampau kan. tapi sirius. terbawa-bawa perasaan yang konvo masa diploma dulu. kalau la khamis tu konvo untuk degree ini. pasti dan confirm sekali aku paling happy. sebab tak payah belajar lagi secara zahirnya.;)

sebab apa happy? sebab ada majlis anugerah dekan. uitm malaka nya anugerah dekan macam sangat meriah. dah setaraf dengan istiadat konvokesyen. dengan bunyi gamelan. dengan sang sarjana-sarjana yang berjubah sarjana. buat aku rasa teringin benor nak ada topi yang macam diorang. ha... namun.. tak mungkin kesampaian. aku tak sepandai itu. apa-apa pun syukur dengan pemberian yang ada ini.

majlis diadakan di dewan seri negeri. okeh la juga tempatnya.cukup untuk meraikan. walaupun aku tak pakai selempang sebab tak dapat 4 flat. cukup lah aku tersenyum lebar. memandang mereka yang naik ke pentas untuk kedua kalinya sebab mereka pelajar cemerlang. aku bukan secemerlang mereka. ha.. penat membebel. kesimpulannya. sebab dah terlampau emosi dan feeling konvo. aku malas nak study compensation malam tu. so kita tengok kan aja markah compensation nanti. tahao sarjana atau pun sanjana aja.

layan gambo.










chiow

Thursday, April 19, 2012

layu

assalamualaikum
hai




penat. sakit badan.  malas. gud bye compensatioan management!(---___----)'










chiow

Wednesday, April 18, 2012

jadual penuh

assalamualaikum
hai


aku terasa keghairahan untuk attend wedding kawan-kawan bulan may nanti. walaupun aku masih belum punya hadiah untuk mereka. ;) tapi sirius. memang excited gil babs especially kalau set-set extremers. sebab ingin aku nyatakan disini aku rindukan mereka. long time no see.!

aku harap aku dapat attend lah. 5 May 2012. ada 3 wedding.
HUDA - kawan dari tadika, merangkap BFF. wajib pergi.
MAS - kawan sebilik masa MATRIK UIA. yang memang dah hantar kad jemputan. yang memang sentap  kalau aku tak datang
SYIRA- yang both husband and wife memang extremers. yang dirindui. so kena lah pergi.

nak pergi yang mana dulu itu fikirkan kemudian. nasib baik semua nya sekitar KL

the next day. 6 MAY

wedding SHIKIN. kawan masa form1. sampai lah form 5. di SEMESTA. yang juga dirindui. so macam kena pergi juga. 

hah. kalah jadual kelas kan...;p

memang excited. sampai terbawa dalam mimpi okeh. ;D


chiow

Saturday, April 14, 2012

internship 2

assalamualaikum
hai

alhamdullilah. sebab masih ada nyawa untuk mulakan hari ini. ini weekend. aku cuti tiga hari untuk weekend ini kerana isnin melaka cuti. sila tepuk tangan.;) 

lantai bilik bersepah. dengan kertas-kertas. kertas apa.? okeh. resume. cover letter. transkrip. pengesahan uitm. dah banyak beno aku copy. lepas tu salah. buat balik. copy lagi. tapi satu pun tak gerak. tah hape-hape. boleh gelak kan diri sendiri kot sekarang ni. pls dayah, jadi berani sikit dan tetap kan pendirian. boleh? huk-huk-huk

aku merenung. siapa lah yang sudi mengambil aku sebagai pekerja internship mereka.......


;)

p/s: kalau takda gaji pun takpa lah. untunglah kalau mereka nak ambil....;D


chiow

Wednesday, April 11, 2012

kita seri

assalamualaikum
hai




seri. maksudnya sama. puas? kita takkan menongkat langit. roda sentiasa berputar, hidup ini ada jatuh bangunnya. dan bila kau boleh rasa macam yang aku rasa. itu adalah seri. aku mampu tersenyum.............;)








chiow

pelangi di hujung jalan

assalamualaikum
hai


;)


gagal. bangun. gagal. bangun. gagal. bangun. bangun. bangun. bangun. aku selalu positif tentang gagal. yang semua anggap itu adalah gagal. dan sebab batang hidung ini yang menghadapi kegagalan itu batang hidung ini lah yang harus menjadi sangat positif tentang gagal. takda siapa yang nak gagal pun. tapi aku percaya. ada pelangi di hujung jalan.;)




chiow

COVID lagi....