Monday, October 29, 2018

Pengalaman bersalin II

Salam
Hai

Jom aku sambung pengalaman aku bersalin lagi.  Mengapa anak aku masuk NICU?

Okeh.  Begini..  Seperti entry terdahulu.  Aku ada ceritakan tentang air ketuban yang aku was-was tu.  Okeh..  Bila sampai di hospital mereka akan soal siasat bagaimana aku katakan sebagai tanda sudah tiba masa yang menyebabkan aku datang ke hospital.  Daripada penceritaan aku.  Mereka detect yang air ketuban ku sudah keluar seawal 10hb lagi.  Jadinya ada leaking yang menyebabkan air itu keluar sedikit2.  So sebagai prosedur.  Anak aku perlu dimasukkan antibiotik selama 5 hari.  Jadi nya kawan2 kalau pun air ketuban tu tak keluar sekali banyak.  Bila korang detect air yang luar biasa keluar walaupun sedikit better korang mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital.  Takut ada infection pada bayi dalam kandungan.  Begitu.  So merasa lah aku ulang alik ke hospital selama 6 hari.  Dengan berpantangnya.  Susu dah bengkak tapi baby masa di hospital.  Memang mental koyak la masa tu.  Hari2 bersedih dan berdoa cepat lah anak aku keluar dan aku dapat berpantang dengan tenang.  Tipu kalau kata happy selagi anak tak keluar.

Kenapa perlu push dengan baik semasa bersalin?  Aku masa di keadaan sakit itu hari.  Aku cepat melatah.  Aku ikut perasaan sakit aku.  Naik panic semua.  Menangis juga la aku masa tu.  Natijahnya..  Masa push aku jadi tak cukup tenaga.  Curi nafas pada waktu yang tak kena.  Sehingga ada cedera sedikit di bahu anak aku.  Pada awalnya...  Anak aku seperti tak mahu angkat tangan.  Panic habis aku masa tu.  Bawa balik anak ke rumah dengan rasa sayu.  "adakah anak aku selamanya begini?? ". Tetapi hasil nasihat Dr,  tiada apa prosedur yang terbaik untuk bahu anak selain daripada dia akan heal sendiri.  Kata Dr healing untuk bayi adalah yang paling cepat dan terbaik.  Alhamdulillah dalam 3 minggu..  Anak aku dah mula angkat tangan dia.  Pergerakan tangan dh mula lebih tinggi.  Sekarang anak aku sudah mahu masuk 10 bulan.  Dah lasak lebih daripada segalanya.  Hm..  Anak..  Ibu sayang sangat pada kamu.

Jadi..  Sebagai ibu.  Semasa melahirkan kita memang perlu kan kekuatan mental dan physical.  Sentiasa positif,  beristighfar dan lupakan tentang sakit.  Fokus pada tenaga dan arahan nurse.  Sekian!!!

Pengalaman melahirkan I

Salam hai

Hari yang bekelapangan hari ni. Dah lama nak share detik2 melahirkan anak. So now jom lah kita throwback sikit pengalaman iols yang cetek ni.

Bukan mudah nak melahirkan nak tau. Bayangkan lah nak mengeluarkan manusia daripada perut melalui jalan yang kecil gila. Macam tak masuk akal. Tapi yes itu yang kita panggil sebagai kekuasaan Allah. Syukur!!

Due aku untuk kelahiran yang pertama ini adalah pada 10 januari 2018. Dan dalam menjelang tempoh itu hati aku berdebar2 berdegup kencang suspen semua ada untuk menunggu kelahiran. 10 januari tepat aku ada my last checkup di KK Hulu Kelang. Masa checkup aku beritahu pada Dr yang aku macam ada rasa was2 tentang cecair yang keluar. Tetapi tak banyak. Jadi aku mahukan pengesahan adakah air ketuban boleh keluar sedikit2. Namun Dr di KK, nampaknya seperti tidak pasti. Dia hanya mampu menjawab. Sekiranya ada rasa pelik boleh la terus ke Hospital. So aku relax la lagi. Malam tu tidur. Aku perasan makin kerap pula air yang keluar. Aku kurang pasti. Adakah ini keputihan atau air ketuban. Dalam jam 6 pagi aku bangun buang air kecil. Masa tu aku pakai pad sebab sebelum tu aku macam kurang selesa dengan 'air' yang aku anggap keputihan tadi. Masa tu aku dapat lihat ada sedikit lendiran bercampur darah di pad aku. Aku suspen gila!!! Cepat2 aku bagitahu pada mak aku dan mak aku suruh mandi bersiap2 untuk ke hospital. Masa tu jugak mula rasa sedikit segugut.

Aku kejut husben aku. Gelabah2 siap dan mak aku bagi aku minum milo dan kurma (bajet tenaga) haha. Sampai di hospital ampang. Terus ke bahagian bersalin tu. Lupa nama tempat tu. Ada khas untuk wad bersalin tu. Bersebelahan kecemasan. Terus diorang minta sijil nikah. Alamak ai. Mana la nak bawak sijil nikah. So bergegas lah mak aku balik pulak  mendapatkan sijil nikah. Jadi masa tu husband aku saja yang tunggu. Masuk di dalam mereka cek pergerakan bayi. Mereka juga mula cek bukaan. Mula lah adegan seluk menyeluk yang memang aku takot dalam proses mengandung dan melahirkan. Masa tu bukaan dah 5cm. Alhamdulillah. Sebab masih awal pagi labor room jugak masih clear dan tak erlu menunggu. Aku di hantar terus ke labor room.

Yang best nya di hospital ampang ni.. Suami memang boleh teman seawal kau masuk labor room. So aku agak lega dan kurang sedikit lah rasa ketakutan tu. Jam 10 am. Aku masih hanya rasa senggugut. Nurse datang cek bukaan lagi. Selepas itu dia buat prosedur pecahkan ketuban. Huh first time aku rasa semua ini. Kemudian dia cucuk di tangan aku untuk ubat. Aku syak itu ubat untuk menggalakkan rasa sakit. Beberapa detik rasa sakit masih mild. Dia datang tambah lagi. Masa dalam jam 12 lebih aku dah mula rasa sakit. Sakit gila!! Berkali2 jugak aku suruh husband aku panggil nurse. Nurse pun dah fedup dengan aku agaknya. Sebab cek bukaan baru lah bergerak berapa cm lagi. Aku macam dah tak tahan. Hilang semua tips ketenangan. Aku cuba untuk berselawat. Berzikir  dan macam2. Rasa sakit bila datang aku rasa betul2 sakit macam nak mati. Hahaha. Jangan percaya kalau orang kata beranak tu tak sakit.

Beberapa orang nurse dah mula masuk. Mereka cek bukaan. Dan mereka kata kalau nak push kena push panjang betul. Aku pun tak tahu nak buat apa dan terus push. Maka keluar lah si baby manis ibu tu. Seberat 3.57kg. Haihh... Hilang segala sakit. Lega gila okeh.

So bersyukur lah aku mengalami sakit hanya 1 jam sebab 1.25pm anak aku dah keluar. Habis semua. Aku masuk wad bersalin. Dalam petang jam 7pm aku dah discharge dari hospital. Namun.. Baby belum boleh keluar. Sebab ada prosedur untuk antibiotik. Maka nya ibu nya merasa juga lah tidur di nicu pada malam pertama berkenaan. 😊😊

Nanti aku share kenapa pula perlu prisedur antibiotik.

Tips beranak bagi aku.

1. Tenang dan berzikir
2. Jangan panic dan cuak dengan rasa sakit
3. Jangan menangis
4. Confident bila masa untuk teran
5. Jangan teran sambil berbunyi atau lun tutup mata dan kerut2 semua
6. Practice penafasan dan regangan mencapai buku lali kaki sambil bernafas

Oke lah. Tu je nk share. Bai.

COVID lagi....