Salam
Hai
Kehidupan bersekolah telah lama aku tinggal kan di belakang. Tua benar rasanya walaupun masih nampak remaja dan jelita lagi. Hihu. Tempoh hari result spm baru sahaja diumumkan. Ada yang bagus resultnya dan juga yang tidak. Begitulah kehidupan.
Macam zaman aku dahulu, result aku aku tidak terlalu layak dibanggakan. Cukup sekadar pasport aku memasuki universiti. Masa itu, aku penuh kesopanan dan kesusilaan berwajah saintis masuk ke matrik uia. Azam aku tanam tinggi mahu berjaya. Semua orang pun ada cita2 tinggi di awal perjalanan kan.? Dan bagaimana aku gagal, dan berpatah balik, bangkit dan berjuang. Klise. Itu cerita lama, kita memang akan belajar lebih apabila kita gagal. Dan cuba sedaya upaya untuk elak dari gagal lagi. Nice moment actually.
Aku cukup masak dalam sistem pembelajaran di universiti. Tambahan pula aku kini pensyarah di sebuah ipt di malaysia ini. Aku sudah masak dengan sikap dan kelakuan manusia yang digelar pelajar. Mungkin aku juga seperti mereka suatu masa dahulu.
Hari ini aku mahu beri pandangan dan cadangan bagi mereka yang result spm tidak begitu sedap. Maksud aku yang tiada A, banyak B,C,D dan lain2. Jangan rasa dunia ini sudah berakhir dengan pencapaian yang begitu. Dengar sini, kemampuan dan kelebihan setiap dari kita adalah berbeza2, justeru itu, perjalanan hidup juga berbeza2.
Aku bahagikan kepada dua alternatif kepada pandangan aku hari ini.
Yang pertama, result tak gempak, berminat itu belajar dan suka pada buku, berminat menjejaki universiti, caranya, cuba mohon untuk pra diploma di uitm. Aku memang produk original dari uitm, aku amat percaya kepada uitm. Biar apa pun orang diluar sana cakap uitm xbest. Pada aku, uitm membentuk aku untuk jadi manusia. Okeh, pra yang aku tahu ada pra sains dan juga pra perdagangan. Pra juga mengambil masa lebih kurang 6 bulan. Kiranya once dah masuk pra, sebelah kaki adalah confirm sebagai pelajar universiti untuk diploma, mengapa pra? Okeh pra merupakan persediaan bagi pelajar sebelom melangkah ke alam diploma. Mengapa perlu pra? Okeh bagi pandangan aku pra adalah digunakam sebagai penguat based. Maksud sebagai tapak. Tapak untuk mengukuhkan atau foundation persediaan untuk betul2 belajar di diploma. Dan selalunya pra memang dibuka kepada pelajar yang keputusan spm kurang best. Okeh saja, selepas 6 bulan, berjaya mendapat result terbaik, maksud nya lebih dari pointer 2.0 mereka akan boleh dioffer untuk melanjutkan diploma selama 3 tahun. Dan terus ke degree. Kelebihannya menjadi pelajar uitm adalah, tidak perlu pening atau susah2 compete untuk further study ke peringkat degree. Sebab pelajar uitm diutamakan. So yang xsuka uitm gi dok jauh2. Untuk yang mempunyai target untuk ke diploma bahagian2 management, business, account dan admin mereka boleh mengambil pra perdangan, bagi yang berminat untuk diploma set2 sains dan kejuruteraan, mereka boleh ambil pra sains. Kelayakan untuk ke diploma daripada stage pra adalah bergantung penuh kepada pencapaian cgpa, maksudnya, untuk kos kritikal dan best, cgpa juga haruslah best. Paham?
Alternatif kedua, sekiranya anda tidak berminat untuk membaca buku dan tak mampu fokus pada pelajaran, jangan gusar, anda boleh memohon untuk mendapatkan apa2 sijil kemahiran dari mana2 institut latihan kemahiran seperti kolej komuniti, giat mara, ikbn, ilp, dan mana2 institut latihan kemahiran, contoh bidang seperti masakan atau kulinari, jahitan dan fesyen, elekrik, mekanikal, dan segala yang teknikal dan sebagainya. Sebenarnya lagi untung kepada mereka yang mempunyai kemahiran kerana disamping makan gaji mereka juga mampu bekerja sendiri. Lebih bagus. Untuk jangka masa panjang kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, anda boleh memohon untuk ke politeknik untuk lanjutan diploma dan mana2 institusi yang sewaktu dengan nya.
Untuk memasuki kolej swasta pula, adalah alternatif terakhir kerana kos yang terlalu tinggi. Bagi yang berkemampuan boleh berbuat demikian, cuma pastikan yang kolej anda telah mendapat pengiktirafan dari mqa.
Namun, jika diberi pilihan untuk memberi pandangan, saya tidak suggest sama sekali pelajar spm untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat stpm seandainya mereka kurang azam dan tekad. Ini kerana dengan pencapaian spm yang cukup makan, dengan usaha yang cukup makan digusari mereka akan buang masa di stpm, stpm harus disertakan dengan result terbaik bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat degree, dan sekiranya pelajar belajar sekerat jalan hanya berhenti di stpm, itu adalah perkara yang sia2 kerana, stpm tanpa degree adalah sama dengan taraf spm sekiranya anda memohon di alam pekerjaan kelak.
Bagaiman pun cara kita menjalani jalan pembelajaran kita tidak salah sekiranya mencuba. Cumanya cadangan saya ini adalah cadangan cubaan save cost, disamping bergerak mengikut kemampuan akal dan juga kemampuan poket. Kesian mak ayah yang tinggi harapan terhadap kita. Chaiyok2!