Salam
Hai
Aku baru menjejak alam pekerjaan dalam 7 8 bulan yang lampau. Kalau nak masuk zaman trainee dah setahun lebih jugak aku dengan pekerjaan. Setiap tempat ada rencana masing2. Letak duduknya diri kita hanya kita yang tentukan dan bagaimana kita membawa diri.
Sejak dah menjejaki alam pekerjaan ni, paranoid aku kuranglah sedikit. Dapat aku rasakan sifat2 matang yang mula aku adapt sikit2, walaupun bila aku menjadi diri aku ramai yang pening kepala. Kenapa aku tak boleh serius ha!? Asal aku bersuara orang kata aku boleh masuk maharaja lawak. Daaa..~
Tak kekok lagi macam dahulu. Zaman2 mula jadi trainee. Apa orang kata, masa tu aku lebih hoping for the best service? Siapa nak serve kau di alam pekerjaan oi. U bring urself lahh.. and yeah berkat dari sokongan kawan2 dan berfikiran positif, aku masih stay diorganisasi ini, dan menerokai sikap2 manusia yang pelbagai. Sampai satu tahap, aku rasa bersyukur sangat dengan hidup aku, walaupun belom ada kejayaan besar aku dengan pekerjaan yang sekarang. At least i rise...
Bercampur dengan macam2 orang buat hidup kita jadi sempurna dan diperbaik. Percanggahan opinion memang acapkali berlaku and it makes me stand with my own. Ada satu dua logical thinking yang dipersoalkan buat aku tak senang diam. Dan buat otak kita berfikir macam, kalau aku.... kalau aku... and kalau aku... the thing is, kita boleh cakap kalau aku la kan.., kalau aku la kan... tapi tanpa sedar situasi hidup manusia itu lain2. Masalah awak dengan masalah dia takkan sama sebijik. Kalau sama tak mungkin awak di panggil dengan nama awak.
Background aku yang begini. Dari kecil, aku diprovok dengan mempunyai cita2 tinggi. Jadi orang elok2. Jadi orang besar2. Semua orang pun ada cita2 yang elok2. Dan bila aku membesar, aku dikelilingi dengan kawan2 bekerja besar. Cita2 besar. Nasihat2 menjadi orang besar dan lain2. Malah, jauh disudut hati aku. Aku mahu berjaya. Make my mum proud. And kadang hati kecil aku sendiri terfikir, kalau abah ada ni, mesti dia bangga, kalau abah tahu mesti abah happy. At that moment, aku rasa haih.. rindunya nak berada disisi abah. Dah lama tak berbual dengan abah. And i'm crying now, walaupun aku tak jadi orang besar macam perdana menteri, at least effort aku untuk majukan diri ada. Tq abah for inspire me to become good person.
Hidup aku tak macam orang lain. Aku selalu buat semua sendiri. Aku jarang duduk di tempat penumpang dalam kereta. Tak kira. Drive jauh atau dekat. Siang malam atau tengah malam. Aku cari jalan sendiri. Aku pergi daftar belajar sendiri. Aku pindah rumah sendiri. Aku pergi bercuti sendiri dengan mak aku. Aku cari bahagia aku sendiri. Siapa akan manjakan aku? Tak ada. Sejak abah aku takda, Aku buat semua sendiri. Bertulang belakangkan mak aku. Pendek kata kalau aku berjaya satu hari nanti, bukan kerjayaan siapa2 kecuali mak aku. Yups, i'm lucky to have mum like u! Walaupun aku sendiri, aku dah biasa. Aku dah faham selok belok hidup aku. Yang pasti aku tak boleh mengharapkan orang lain selain diri aku. Dan tulang belakang aku, mak aku. Dats y aku tak boleh biar kan mak aku begitu saja, macam orang lain yang sangat happy dengan life remaja mereka. Aku? Takda untuk itu, walaupun jauh disudut hati aku kata, zaman remaja aku tak macam awak2 semua, boleh pergi dating setiap hari dengan bf, lepak weekend dengan kawan2, dan sebagainya. Kalau aku buat semua itu, siapa akan teman mak aku?? Aku tak pernah rasa bosan walaupun jalan dengan mak aku. Realitinya bukan lah tak pernah aku lepak. Dalam 4 weekend, 2 kali untuk lepak dengan kawan2. Dan aku sangat arrange masa aku asal kan mak aku tak duduk seorang bosan dirumah.
Aku tak tahu mengapa aku buat entry ini. Tapi yes, ini adalah apa yang aku mahu orang tahu yang hidup aku bukan sama macam hidup orang lain.
To be continue...