click here!

Monday, February 6, 2012

usia macam aku

assalamualaikum
hai

umur macam aku? cukup tua. kan. itu pasal lah semua orang yang sebaya aku berlumba-lumba untuk mengakhirkan zaman bujang mereka. ya. begitu. tipu kalau aku katakan kalau aku tak ada naluri seperti itu. kalau orang negeri sembilan, mereka akan kata "jangan nak membongak.." ha begitu.

tapi aku masih di zon selesa. sebab? sebab aku masih belajar. jadi tekanan dari mereka di sekeliling kurang sikit. tapi.. aku tahu. mereka menanti masa saja untuk menghentam keras sekiranya aku masih belum ke arah itu selepas tamat belajar. ok. itu aku tak kisah. sebab aku serahkan semua pada Allah.;D senang kan penyelesaiannya. benda-benda yang tak boleh fikir. kita serah saja pada yang maha kuasa. itu kata aku.



namun. ada satu benda yang best bila berusia macam aku. ya. memang benar. bila usia macam aku ini. kita kan lebih matang dalam menempuh atau menghadapi masalah. ya. masalah adalah perkara yang lebih mematangkan. begitu. mungkinlah dulu aku cepat melatah kan. bila datang perkara yang menduga. namun kini mudah. benda yang agak-agak tak boleh fikir. aku kuburkan saja bersama mimpi. biar ia lapuk dek hari. mungkin itu lebih baik daripada aku terus-terusan fikir sampai pecah sudut otak.;D

betul orang kata. umur lebih tua lebih banyak makan garam. tapi aku tak faham apa significant nya garam dengan umur. sebab dua perkara itu macam tak patut dikaitkan.;) tapi benar bila makin tua kita pergi. makin faham kita tentang politik kehidupan. mungkin itu inferens yang lebih tepat. 

cuma. peringatan. meningkat usia tanda kita perlu lebih tingkatkan ketaqwaan kepada Nya. begitu.


p/s: aku belum 25



chiow

1 comments:

Maxloon120 said...

Good luck and all the best! CC:

nice..

click2