click here!

Friday, February 24, 2012

hatiku di kinabalu

assalamualaikum
hai


hati aku terganggu sikit dengan drama yang aku tonton siang tadi. memang betul lah tekaan orang tua itu aku seorang yang cepat mengeluh dan emosi. entah macam mana aku nak buang tabiat emosi sepanjang zaman aku ini. ;) tapi sirius lah cerita tadi memang sedih. tahap-tahap bergenang air mata gitu. kenapa lah ada situasi-situasi yang begitu dalam hidup ini. macam-macam perkara boleh berlaku mengganggu bahagia. itu lah orang kata panas tak sampai ke petang hujan di tengah hari. haha aku pun tak berapa sure dengan pepatah segala.

bila aku tengok cerita itu aku rasa seperti mahu saja aku undur masa. kutip segala kebahagiaan yang pernah aku kecap. susun segalanya baik-baik agar ia tidak hilang. dan susun supaya ianya terus mekar berkembang. tapi itulah yang tadi aku kata. tak ada hidup yang tak diduga. semakin kuat Allah sayangkan kita semakin kita diduga. aku memang pandai bercakap. tapi bila dah sampai bab aku down  aku lah yang paling down sekali. tapi cerita tadi tu memang sedih woah. wa cakap sama lu.;) apa ek tajuk dia tadi. emm tajuk dia tak best sangat. entah cerita lama ke baru. "hatiku di kinabalu" haha.

seagong mana atau sesetia pun kasih kekasih suami isteri kepada kita tiada yang dapat menandingi kasih Allah kepada kita. sebab itu lah. kita harus tidak mencintai manusia lebih dari cinta kita kepada Ilahi. malah kita harus cari mereka yang cinta pada ilahi dan boleh membimbing kita untuk terus dekat di jalan Allah. huyo. ada ke yang macam itu lagi weyh. em-em-em. (menggeleng-geleng)

kesimpulannya. cerita tadi sedih. menitik air mata woiiii




chiow

0 comments:

nice..

click2